Malaysia_photos1_1920_800_home

Kalendar Cuti Sekolah Malaysia

Pengetahuan tarikh cuti sekolah di Malaysia secara awal dapat membantu anda membuat perancaan awal dalam menghadapinya. Berikut adalah kalendar cuti mengikut kategori tahun persekolahan atau mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Semak tarikh cuti persekolahan berdasarkan negeri anda

JohorKedah
KelantanKuala Lumpur
LabuanMelaka
Negeri SembilanPahang
PerakPerlis
Pulau PinangPutrajaya
SabahSarawak
SelangorTerengganu

Tahun lepas

Panduan Cuti Sekolah di Malaysia

Malaysia menggunakan jadual cuti sekolah berstruktur yang dirancang rapi oleh Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) yang berbeza sedikit antara negeri-negeri di Malaysia disebabkan oleh bahagian pentadbiran wilayah.

Cuti sekolah adalah salah satu tempoh penting untuk para pelajar dan juga pendidik, di mana ianya dapat membantu mereka untuk berehat, mengembara dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang lain selain daripada pembelajaran di kelas semata-mata.

Memahami tarikh dan kalendar percutian ini boleh membantu ibu bapa merancang percutian, program-program yang dapat membantu kemenjadian pelajar dan juga masa bersama keluarga dengan lebih berkesan.

Jenis-jenis Cuti Sekolah di Malaysia

Cuti sekolah di Malaysia biasanya boleh dibahagikan kepada empat jenis utama secara amnya:

  • Cuti Pertengahan Penggal – Ini berlaku pada pertengahan penggal akademik pertama dan kedua dan biasanya berlangsung selama kira-kira seminggu atau lebih bergantung kepada perancangan dan Takwim KPM untuk tahum tersebut.
  • Cuti Pertengahan Tahun – Cuti jenis ini berlaku antara penggal pertama dan kedua dan biasanya berlangsung selama kira-kira dua minggu atau lebih.
  • Cuti Akhir Tahun – Ini adalah rehat paling lama yang para pelajar boleh nikmati, dan ianya berlangsung sekitar lima hingga enam minggu pada akhir tahun akademik.
  • Cuti Umum – Sekolah juga turut menyambut cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan perayaan kebangsaan yang lain yang membawa kepada cuti sekolah berikutan cuti kelepasan am kerajaan.

Apakah Perbezaan Antara Cuti Sekolah di Malaysia

Cuti sekolah di Malaysia dibahagikan kepada dua kumpulan persekolahan berdasarkan lokasi geografi:

  • Kumpulan A: Sekolah-sekolah di negeri Johor (sehingga tahu 2024), Kedah, Kelantan dan Terengganu yang mengikuti minggu persekolahan dari Ahad hingga Khamis. Cuti para pelajar di negeri-negeri ini bermula dan berakhir lebih awal sedikit daripada cuti para pelajar dari negeri-negeri yang lain dari Kumpulan B.
  • Kumpulan B: Sekolah-sekolah di negeri dan wilayah persekututan seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor (sejak tahun 2025), Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya mengikuti minggu persekolahan Isnin hingga Jumaat, dengan kalendar cuti yang berbeza sedikit dengan Kumpulan A.

Perancangan Aktiviti Semasa Cuti Sekolah

Cuti sekolah dapat membantu menyediakan peluang yang sangat baik untuk keluarga dan pelajar dalam melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, termasuk:

  • Percutian Keluarga – Ramai keluarga mengambil kesempatan daripada cuti persekolahan untuk melancong di dalam negara atau antarabangsa.
  • Kem dan Bengkel Pendidikan – Program-program yang memfokuskan kepada robotik, pengekodan, kemahiran bahasa dan latihan kepimpinan dan kemenjadian pelajar adalah antara yang popular di kalangan pelajar.
  • Kerja Sukarelawan dan Komuniti – Menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian dalam inisiatif sosial dan alam sekitar dapat membantu membina watak dan tanggungjawab mereka kelak.
  • Rehat dan Rekreasi – Masa time-off ini adalah penting untuk membantu para pelajar rehat secukupnya dan kembali bertenaga semula sebelum menghadapi penggal akademik seterusnya.

Cuti sekolah di Malaysia dirancang dengan baik untuk mengimbangi kalendar akademik dan beristirahat.

Ibu bapa dan para pelajar boleh memaksimumkan masa rehat ini dengan merancang aktiviti yang dapat membantu memperkayakan kemenjadian dan menyeronokkan, memastikan masa rehat dari persekolahan yang produktif dan menaikkan semangat.

Mengikuti perkembangan kalendar percutian dan Takwim KPM dapat membantu keluarga dalam memanfaatkan sepenuhnya tempoh rehat yang sangat berharga ini sepanjang tahun.

Tahun-tahun sebelumnya