Malaysia_my_photos_2026_visit
Malaysia_my_photos_2026_visit

Cuti Sekolah Tahun 2026 : Tarikh Cuti Penggal & Cuti Akhir Tahun KPM

Berikut cuti sekolah tahun 2026 di Malaysia. Ketahui tarikh cuti penggal, cuti akhir tahun dan cuti perayaan dan sambutan mengikut Takwim cuti sekolah sesi 2026 berpandukan pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan.

Sila pastikan anda semak tarikh cuti persekolahan yang tertera di laman ini dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang pindaan / kemaskini terbaru pada Takwim persekolahan KPM atau kerajaan. Sila rujuk jadual cuti mengikut negeri untuk tarikh cuti sekolah khas mengikut negeri.

Tarikh Buka Sekolah Sesi Akademik 2026

Sesi persekolahan untuk sesi akademik 2026 akan bermula pada tarikh berikut seperti yang diumumkan KPM:

  • Kumpulan A: 11 Januari 2026 (Sekolah-sekolah di negeri: Kedah, Kelantan dan Terengganu)
  • Kumpulan B: 12 Januari 2026 (Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya)

Takwim Persekolahan & Tarikh Cuti Penggal Sesi Persekolahan 2026

Berikut adalah takwim persekolahan untuk sesi sekolah 2026 yang diumumkan oleh KPM.

Kumpulan A

Kumpulan A ini terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Takwim_Akademik_KPM_1_2026
  • Tarikh mula sesi sekolah 2026 : – 11 Januari 2026
  • Cuti Penggal 1: – 20 Mac 2026 – 28 Mac 2026
  • Cuti Pertengahan Tahun: – 22 Mei 2026 – 06 Jun 2026
  • Cuti Penggal 2: – 28 Ogos 2026 – 05 September 2026
  • Cuti akhir sesi sekolah 2026 : – 04 Disember 2026 – 31 Disember 2026

Kumpulan B

Kumpulan B ini terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya

Takwim_Akademik_KPM_2_2026
  • Tarikh mula sesi sekolah 2026 : – 12 Januari 2026
  • Cuti Penggal 1: – 21 Mac 2026 – 29 Mac 2026
  • Cuti Pertengahan Tahun: – 23 Mei 2026 – 07 Jun 2026
  • Cuti Penggal 2: – 29 Ogos 2026 – 06 September 2026
  • Cuti akhir sesi sekolah 2026 : – 05 Disember 2026 – 31 Disember 2026

Cuti Perayaan bagi Sesi 2026

Berikut adalah cuti perayaan untuk sesi sekolah 2026 yang diumumkan oleh KPM melalui Takwim Akademik di portal rasmi MOE.

Takwim_Akademik_KPM_3_2026
  • Perayaan Tahun Baru Cina 2025 – 17 dan 18 Februari 2026 (Tiga Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B)
  • Perayaan Hari Raya Aidilfitri – 21 dan 22 Mac 2026 (Dalam Cuti Penggal 1, Tahun 2026) & (Satu Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B)
  • Pesta Keamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 dan 31 Mei 2026 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2026)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 dan 2 Jun 2026 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2026)
  • Perayaan Hari Deepavali – 8 November 2026 (Satu Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B)
  • Perayaan Hari Krismas – 25 Disember 2026 (Dalam Cuti AKhir Persekolahan Tahun 2026)

Cuti Kelepasan Am

Jadual Tarikh Cuti Kelepasan Am di Malaysia

Berikut adalah cuti kelepasan am berdasarkan tahun 2026 di Malaysia yang memaparkan hari kelepasan am Persekutuan dan Negeri.

Sila pastikan anda semak tarikh percutian kelepasan am yang tertera di laman ini dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang pindaan / kemaskini terbaru daripada kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sila rujuk jadual cuti mengikut negeri untuk tarikh kelepasan am mengikut negeri.

TarikhHariCutiNegeri
1 JanuariKhamisTahun BaruSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 JanuariRabuHari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
17 JanuariSabtuIsrak MikrajKedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu
1 FebruariAhadHari ThaipusamJohor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, W. P. Kuala Lumpur & Putrajaya
1 FebruariAhadHari Wilayah PersekutuanW. P. Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
17 FebruariSelasaTahun Baru CinaSemua Negeri
18 FebruariRabuTahun Baru Cina Hari Ke-2Semua Negeri
19 FebruariKhamisAwal RamadanJohor & Kedah
20 FebruariJumaatHari Pengisytiharan Tarikh KemerdekaanMelaka
4 MacRabuHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
7 MacSabtuHari Nuzul Al-QuranSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak
21 MacSabtuHari Raya AidilfitriSemua Negeri
22 MacAhadHari Raya Aidilfitri Hari Ke-2Semua Negeri
23 MacIsninHari Raya Aidilfitri Hari Ke-3Melaka
23 MacIsninHari Keputeraan Sultan JohorJohor
30 MacIsninHari Jadi Yang di-Pertua Negeri SabahSabah
3 AprilJumaatGood FridaySabah & Sarawak
26 AprilAhadHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 MeiJumaatHari Pekerja / Hari BuruhSemua Negeri
17 MeiAhadHari Ulang Tahun Keputeraan Raja PerlisPerlis
12 MeiSelasaHari Hol PahangPahang
26 MeiSelasaHari ArafahKelantan & Terengganu
27 MeiRabuHari Raya Haji / KorbanSemua Negeri
28 MeiKhamisHari Raya Haji Hari Ke-2Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
30 MeiSabtuPesta Kaamatan (Pesta Menuai)W.P. Labuan & Sabah
31 MeiAhadPesta Kaamatan Hari Ke-2W.P. Labuan & Sabah
31 MeiAhadHari WesakSemua Negeri
1 JunIsninHari GawaiSarawak
1 JunIsninHari Keputeraan YDP AgongSemua Negeri
2 JunSelasaHari Gawai Hari Ke-2Sarawak
17 JunRabuAwal Muharram (Maal Hijrah)Semua Negeri
21 JunAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
7 JulaiSelasaHari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 JulaiSabtuHari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang
21 JulaiSelasaHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 JulaiRabuHari SarawakSarawak
30 JulaiKhamisHari Keputeraan Sultan PahangPahang
24 OgosIsninHari Jadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka
25 OgosSelasaMaulidur RasulSemua Negeri
31 OgosIsninHari Kebangsaan / MerdekaSemua Negeri
16 SeptemberRabuHari MalaysiaSemua Negeri
29 SeptemberSelasaHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
30 SeptemberRabuHari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Ke-2Kelantan
10 OktoberSabtuHari Jadi Yang di-Pertua Negeri SarawakSarawak
6 NovemberJumaatHari Keputeraan Sultan PerakPerak
8 NovemberAhadHari DeepavaliSemua Negeri kecuali Sarawak
11 DisemberJumaatHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisemberKhamisChristmas EveSabah
25 DisemberJumaatHari KrismasSemua Negeri

Semak tarikh cuti persekolahan 2026 berdasarkan negeri anda

JohorKedah
KelantanKuala Lumpur
LabuanMelaka
Negeri SembilanPahang
PerakPerlis
Pulau PinangPutrajaya
SabahSarawak
SelangorTerengganu

Maklumat Lanjut

Sila rujuk laman web kabinet.gov.my di https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am untuk maklumat lanjut cuti kelepasan am di Malaysia.

Sila rujuk laman web moe.gov.my di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik untuk maklumat lanjut kalendar akademik KPM.