
Selamat Bercuti
SARAWAK
Selamat Bercuti
SARAWAK
Pengetahuan tarikh cuti sekolah di Sarawak secara awal dapat membantu anda membuat perancaan awal dalam menghadapinya.
Cuti sekolah di Sarawak adalah mengikut kalendar akademik yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Memandangkan Sarawak mengamalkan cuti hujung minggu pada Sabtu-Ahad, jadual persekolahan negeri di bawah kategori Kumpulan B ini berbeza sedikit daripada Takwim KPM untuk negeri-negeri yang lain di bawah kategori Kumpulan A.
Cuti ini memberi para pelajar masa untuk berehat, melancong, dan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Selain cuti penggal & cuti akhir tahun, cuti umum dan cuti-cuti perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Deepavali juga membawa kepada cuti tambahan untuk para pelajar dan pengajar. Tarikh sambutan dan cuti yang tepat agak berbeza untuk setiap tahun dan sentiasa diumumkan awal oleh pihak kerajaan.