Malaysia_my_photos_2025_visit

Cuti Sekolah Tahun 2025 : Tarikh Cuti Penggal & Cuti Akhir Tahun KPM

Berikut cuti sekolah tahun 2025 di Malaysia. Ketahui tarikh cuti penggal, cuti akhir tahun dan cuti perayaan dan sambutan mengikut Takwim cuti sekolah sesi 2025 / 2026 berpandukan pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan.

Sila pastikan anda semak tarikh cuti persekolahan yang tertera di laman ini dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang pindaan / kemaskini terbaru pada Takwim persekolahan KPM atau kerajaan. Sila rujuk jadual cuti mengikut negeri untuk tarikh cuti sekolah khas mengikut negeri.

Tarikh Buka Sekolah Sesi Akademik 2025 / 2026

Sesi persekolahan untuk sesi akademik 2025 / 2026 akan bermula pada tarikh berikut seperti yang diumumkan KPM:

  • Kumpulan A: 16 Februari 2025 (Sekolah-sekolah di negeri: Kedah, Kelantan dan Terengganu)
  • Kumpulan B: 17 Februari 2025 (Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya)

Takwim Persekolahan & Tarikh Cuti Penggal Sesi Persekolahan 2025 / 2026

Berikut adalah takwim persekolahan untuk sesi sekolah 2025 / 2026 yang diumumkan oleh KPM.

Kumpulan A

Kumpulan A ini terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Takwim_Akademik_KPM_1_Pindaan
  • Tarikh mula sesi sekolah 2025 / 2026: 16 Februari 2025
  • Cuti Penggal 1: 29 Mei 2025 – 9 Jun 2025
  • Cuti Penggal 2: 12 September 2025 – 20 September 2025
  • Cuti akhir sesi sekolah 2025 / 2026: 19 Disember 2025 – 10 Januari 2026

Kumpulan B

Kumpulan B ini terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya.

Takwim_Akademik_KPM_2_Pindaan
  • Tarikh mula sesi sekolah 2025 / 2026: 17 Februari 2025
  • Cuti Penggal 1: 29 Mei 2025 – 9 Jun 2025
  • Cuti Penggal 2: 13 September 2025 – 21 September 2025
  • Cuti akhir sesi sekolah 2025 / 2026: 20 Disember 2025 – 11 Januari 2026

Cuti Perayaan bagi Sesi 2025 / 2026

Berikut adalah cuti perayaan untuk sesi sekolah 2025 / 2026 yang diumumkan oleh KPM melalui Takwim Akademik (Pindaan) di portal rasmi MOE.

Takwim_Akademik_KPM_3_Pindaan
  • Perayaan Tahun Baru Cina 2025 – 29 dan 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025)
  • Pesta Keamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 dan 31 Mei 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 dan 2 Jun 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sessi 2025/2026)
  • Perayaan Hari Krismas – 25 Disember 2025 (Dalam CUti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026)

Cuti Kelepasan Am

Jadual Tarikh Cuti Kelepasan Am di Malaysia

Berikut adalah cuti kelepasan am berdasarkan tahun 2025 di Malaysia yang memaparkan hari kelepasan am Persekutuan dan Negeri.

Sila pastikan anda semak tarikh percutian kelepasan am yang tertera di laman ini dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang pindaan / kemaskini terbaru daripada kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sila rujuk jadual cuti mengikut negeri untuk tarikh kelepasan am mengikut negeri.

TarikhCutiNegeri
1 Januari (Rabu)Tahun BaruSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari (Selasa)Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
27 Januari (Isnin)Israk MikrajKedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu
29 Januari (Rabu)Tahun Baru CinaSemua Negeri
30 Januari (Khamis)Tahun Baru Cina Hari Ke-2Semua Negeri
1 Februari (Sabtu)Hari Wilayah PersekutuanW. P. Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
11 Februari (Selasa)Hari ThaipusamJohor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, W. P. Kuala Lumpur & Putrajaya
20 Februari (Khamis)Hari Pengisytiharan Tarikh KemerdekaanMelaka
2 Mac (Ahad)Awal RamadanJohor & Kedah
4 Mac (Selasa)Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
18 Mac (Selasa)Hari Nuzul Al-QuranSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak
23 Mac (Ahad)Hari Keputeraan Sultan JohorJohor
31 Mac (Isnin)Hari Raya AidilfitriSemua Negeri
1 April (Selasa)Hari Raya Aidilfitri Hari Ke-2Semua Negeri
2 April (Rabu)Hari Raya Aidilfitri Hari Ke-3Melaka
18 April (Jumaat)Good FridaySabah & Sarawak
26 April (Ahad)Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 Mei (Khamis)Hari Pekerja / Hari BuruhSemua Negeri
12 Mei (Isnin)Hari WesakSemua Negeri
17 Mei (Sabtu)Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja PerlisPerlis
22 Mei (Khamis)Hari Hol PahangPahang
30 Mei (Jumaat)Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)W.P. Labuan & Sabah
31 Mei (Sabtu)Pesta Kaamatan Hari Ke-2W.P. Labuan & Sabah
1 Jun (Ahad)Hari GawaiSarawak
2 Jun (Isnin)Hari Gawai Hari Ke-2Sarawak
2 Jun (Isnin)Hari Keputeraan YDP AgongSemua Negeri
6 Jun (Jumaat)Hari ArafahKelantan & Terengganu
7 Jun (Sabtu)Hari Raya Haji / KorbanSemua Negeri
8 Jun (Ahad)Hari Raya Haji Hari Ke-2Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
22 Jun (Ahad)Hari Keputeraan Sultan KedahKedah
27 Jun (Jumaat)Awal Muharram (Maal Hijrah)Semua Negeri
7 Julai (Isnin)Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
12 Julai (Sabtu)Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang
22 Julai (Selasa)Hari Kemerdekaan SarawakSarawak
30 Julai (Rabu)Hari Keputeraan Sultan PahangPahang
31 Julai (Khamis)Hari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
24 Ogos (Ahad)Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka
31 Ogos (Ahad)Hari Kebangsaan / MerdekaSemua Negeri
5 September (Jumaat)Maulidur RasulSemua Negeri
16 September (Selasa)Hari MalaysiaSemua Negeri
29 September (Isnin)Hari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
30 September (Selasa)Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Ke-2Kelantan
4 Oktober (Sabtu)Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri SabahSabah
11 Oktober (Sabtu)Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri SarawakSarawak
20 Oktober (Isnin)Hari DeepavaliSemua Negeri kecuali Sarawak
7 November (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 Disember (Khamis)Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 Disember (Rabu)Christmas EveSabah
25 Disember (Khamis)Hari KrismasSemua Negeri

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan

Berikut adalah jadual hari kelepasan am persekutuan untuk membantu perancangan percutian anda.

Screenshot-2025-01-15-0001

Jadual Hari Kelepasan Am Negeri

Berikut adalah jadual hari kelepasan am negeri bagi membantu perancangan percutian anda.

Screenshot-2025-01-15-0002
Screenshot-2025-01-15-0003

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri

Berikut adalah jadual hari kelepasan am persekutuan dan juga negeri , semoga ia membantu perancangan percutian anda.

Screenshot-2025-01-15-0004
Screenshot-2025-01-15-0005
Screenshot-2025-01-15-0006

Semak tarikh cuti persekolahan 2025 berdasarkan negeri anda

JohorKedah
KelantanKuala Lumpur
LabuanMelaka
Negeri SembilanPahang
PerakPerlis
Pulau PinangPutrajaya
SabahSarawak
SelangorTerengganu

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut hari kelepasan am persekutuan dan negeri dengan rujuk fail PDF di bawah:

Maklumat Lanjut

Sila rujuk laman web kabinet.gov.my di https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am untuk maklumat lanjut cuti kelepasan am di Malaysia.

Sila rujuk laman web moe.gov.my di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik untuk maklumat lanjut kalendar akademik KPM.