
Selamat Bercuti
HARI DEEPAVALI
Selamat Bercuti
HARI DEEPAVALI
Selamat Bercuti
HARI DEEPAVALI
Tarikh Hari Deepavali 2027, sambutan Deepavali, cuti sekolah dan cuti umum, menyemarakkan lagi perayaan Deepavali di Malaysia yang menjadi bukti kepelbagaian budaya negara ini. Hari Deepavali merupakan antara perayaan utama penganut Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti umum di Malaysia. Sambutan ini juga dipanggil sebagai ‘pesta cahaya’.
Deepavali -Cahaya Lampu/Pelita- melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan dan kebaikan mengatasi kejahatan. Berakar umbi dalam mitologi Hindu purba.
Walaupun perayaan ini disambut mengikut asal-usul Hindu, namum perayaan ini telah berkembang menjadi salah satu sambutan yang membantu mengeratkan lagi hubungan yang menarik di kalangan rakyat Malaysia dari semua jenis latar belakang.
Berikutan rujukan beberapa sumber mengenai jadual hari kelepasan am persekutuan dan negeri 2027, Hari Deepavali akan diraikan di Malaysia pada:
Semua pelajar di Malaysia akan menikmati cuti Deepavali berdasarkan kumpulan sekolah mereka pada tahun 2027. Tarikh-tarikh ini akan membantu para pelajar, ibu bapa dan juga para pengajar merancang perayaan dan pengaturan perjalanan mereka dengan berkesan.
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya)
Tarikh yang tertera di atas adalah dari pelbagai sumber sekadar rujukan awal. Sila semak laman ini dari masa ke semasa untuk kemaskini terbaru cuti umum 2027 selepas pengumuman rasmi oleh kabinet dan KPM.
Jika anda merancang dengan lebih awal, perlu diingati bahawa pihak sekolah akan mengikut jadual cuti umum kerajaan tanpa cuti tambahan.
Kementerian Pendidikan tidak mengumumkan sebarang pengaturan khas / tambahan untuk sambutan Deepavali 2027. Anda boleh menyemak portal rasmi KPM untuk apa-apa maklumat terkini mengenai kalendar akademik apabila tarikh sambutan semakin hampir.
Deepavali, -Cahaya Lampu/Pelita- melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan dan kebaikan mengatasi kejahatan. Berakar umbi dalam mitologi Hindu purba.
Perayaan Deepavali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.
Beberapa hari sebelum Deepavali, rumah dibersihkan secara mendalam, dihiasi dengan reka bentuk kolam, dan nyalakan lampu-lampu khas untuk mengundang kesucian dan kemakmuran.
Cahaya memecahkan kegelapan dan mengalu-alukan kesucian dan kemakmuran, dilambangkan melalui pencahayaan lampu yang dinyalakan dengan hiasan yang meriah.
Malam sebelum hari Deepavali merupakan hari untuk memperingati datuk,nenek dan moyang yang telah meninggal dunia dengan upacara sembahyang kecil di rumah di kalangan keluarga terdekat sahaja.
Hari Deepavali bermula dengan mandian tradisional minyak bijan – sapu minyak bijan dari kepala ke tapak kaki (seluruh badan), dan mandian menggunakan campuran serbuk “shikakai”, sejenis herba Ayurvedik. Amalan ini dipercayai dapat menghapuskan segala perasaan ego, kebencian dan sebagai simbolik penyucian dan membersihkan diri dari segala perkara yang negatif. Apabila dilihat dari aspek kesihatan pula amalan ‘mandi minyak’ menggunakan minyak bijan tulen dapat meningkatan kesihatan kulit, bagus untuk saraf, mengurangkan tekanan fizikal dan mental, merawat penyakit seperti kemurungan, migrain, gangguan perut, kencing manis, jaundis, kanser, dan penyakit-penyakit lain.
Selepas mandian minyak, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.
Dalam masyarakat Malaysia, perayaan yang diraikan oleh penganut beragama Hindu merangkumi, dengan rumah terbuka mengalu-alukan jiran dari semua golongan agama untuk mengambil bahagian dalam sambutan tersebut. Mereka berkongsi jamuan-jamuan yang enak seperti murukku, thosai/idli, manisan dan pelbagai makanan istimewa yang lain.
Kebanyakkan jalan di sekitar Little India di Kuala Lumpur, khususnya di Brickfields dan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menjadi meriah dengan pelbagai hiasan yang menarik, manakala kuil-kuil seperti Batu Caves menganjurkan upacara sembahyang dan sambutan khas yang menarik kedua-dua penganut dan juga para pelawat, yang pastinya menonjolkan semangat kepelbagaian budaya di Malaysia.
Perayaan ini meraikan nilai moral, keharmonian, dan eratkan perpaduan dikalangan masyarakat.
2025 Oktober 20 Isnin
2026 November 8 Ahad
2027 Oktober 28 Khamis
Deepavali bertukar setiap tahun mengikut kalendar Hindu
+